Minggu, 02 Mei 2010
KELEBIHAN AYAT-AYAT ALQURAN
1. Surah Al Baqarah – Ayat 285 – 286 :- Baca sebelum tidur, terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya. 2. Surah Ali ‘Imran – Ayat 1 – 3 :- Baca, akan tercapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin. 3. Surah Ali ‘Imran – Ayat 16 :- Baca untuk memohon keampunan dari Allah swt. 4. Surah Annisaa’ – Ayat 75 :- Nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat. 5. Surah Al Maidah – Ayat 7 :- Baca 3 hari berturut-turut selamat dari was-was masa wudhu dan solat.. 6. Surah Al Maidah – Ayat 89 – 101 :- Baca dalam air dan beri minum pada orang yang berdusta, nescaya tidak akan bercakap dusta lagi 7. Surah Al An’aam :- Baca 7 kali akan terhindar dari segala bala bencana 8. Surah Al An’aam – Ayat 63 – 64 :- Dibaca oleh penumpang kapal akan terselamat dari karam dan tenggelam. 9. Surah Al A’Raaf – Ayat 23 :- Baca tiap-tiap solat fardhu lalu istighfar akan terampun dosa. 10. Surah Al A’Raaf – Ayat 47 :- Baca akan terpelihara dari kekacauan para penzalim dan mendapat rahmat Allah. 11. Surah Al Anfal – Ayat 62 – 63 :- Nescaya akan dicintai dan dihormati oleh sekalian manusia 12. Surah Al Baraah :- Terselamat dari kemunafikan dan tercapai hakikat iman. 13. Surah Al Baraah – Ayat 111 :- Baca di kedai atau tempat berniaga, nescaya akan maju. 14. Surah Al Baraah – Ayat 128 – 129 :- Baca untuk orang sukakan kita. Selalulah menghafal bacaan ini dan sekiranya pada seketika waktu kita terlupa membaca walaupun berulang-ulang kali masih tidak mengingatinya, itu menandakan ajal kita semakin hampir. 15. Surah Yunus – Ayat 31 :- Baca pada wanita hamil, lahir anak dengan selamat 16. Surah Yunus – Ayat 64 :- Nescaya terhindar dari mimpi-mimpi buruk dan mengigau. 17. Surah Al Hud :- Mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan tenteram jiwa. 18. Surah Al Hud – Ayat 56 :- Baca setiap masa akan terselamat dari gangguan manusia jahat dan binatang liar. 19. Surah Al Hud – Ayat 112 :- Baca 11 sekali selepas solat 5 waktu akan mencapai ketetapan hati. 20. Surah Yusuf :- Baca dimurahkan rezeki dan diberi kemuliaan disisi Allah .21. Surah Yusuf – Ayat 64 :- Baca akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. 22. Surah Yusuf – Ayat 68 :- Baca nescaya Allah akan kurniakan kesolehan pada anak-anak. 23. Surah Ar Ra’d – Ayat 13 :- Baca akan selamat dari petir. 24. Surah Ar Ra’d – Ayat 28 :- Baca nescaya sakit jantung akan sembuh. 25. Surah Ibrahim – Ayat 32 - 34 :- Baca nescaya anak-anak akan terhindar dari syirik dan bidaah. 26. Surah Al Hijr – Ayat 97 – 99 :- Baca pada wanita yang selalu keguguran, nescaya kandungan akan selamat. 27. Surah Al Isra – Ayat 45 - 46 :- Baca untuk pendinding diri dari kejahatan manusia 28. Surah Al Kahf :- Baca surah ini setiap malam Jumaat, dimurahkan rezeki. 29. Surah Maryam :- Nescaya mendapat kejayaan di dunia dan akhirat 30. Surah Thaha :- Allah akan kurniakan ilmu pengetahuan dan tercapai segala maksud. 31. Surah Thaha – Ayat 25 - 28 :- Baca 21 kali setiap solat Subuh, nescaya otak akan cerdas dan akal sempurna. 32. Surah Al Anbia – Ayat 83 :- Baca nescaya mendapat sebesar-besar pangkat disisi Allah. 33. Surah Al Hajj :- Allah akan binasakan musuh-musuhnya 34. Surah Al Mu’Minun :- Baca dalam air beri minum pada orang yang minum minuman keras, nescaya berhenti minum 35. Surah Al Mu’Minun – Ayat 28 :- Perahu selamat dari karam dan rumahnya akan selamat dari kecurian dan dari serangan musuh. 36. Surah An Nur :- Baca nescaya terhindar dari mimpi-mimpi buruk 37. Surah An Nur – Ayat 35 :- Baca setiap hari Jumaat sebelum solat Asar, nescaya disegani oleh orang ramai. 38. Surah Al Furqan :- Baca 3 kali dalam air dan percikkan dalam rumah, nescaya selamat dari gangguan binatang liar dan ular 39. Surah Asy Syu’ara’ – Ayat 130 :- Baca 7 kali dengan senafas pada orang-orang yang digigit binatang bisa, nescaya akan hilang bisanya 40. Surah An Naml :- Baca nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya. 41. Surah Ar Rum :- Baca nescaya Allah akan binasakan orang-orang yang hendak menzaliminya. 42. Surah Al Ankabut :- Nescaya demam sembuh dan juga terhindar dari gelisah. 43. Surah Luqman :- Baca nescaya terhindar dari segala penyakit-penyakit perut. 44. Surah Luqman – Ayat 31 :- Baca nescaya terselamat dari bencana banjir 45. Surah As Sajdah :- Baca setiap malam Jumaat. 46. Surah As Sajdah – Ayat 7 – 9 :- Baca ke atas kanak-kanak baru lahir, nescaya terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani 47. Surah Al Ahzab – Ayat 45 - 48 :- Baca nescaya mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. 48. Surah Al Ahzab – Ayat 60 - 66 :- Baca nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya. 49. Surah Saba :- Baca nescaya terselamat dari segala bala bencana 50. Surah Fathir – Ayat 29 - 30 :- Baca nescaya Allah akan memberkati perniagaannya. 51. Surah Yasin :- Baca setiap malam Jumaat, baca 41 kali nescaya tercapai segala hajat. 21 kali, doa istighfar untuk ibubapa akan diampunkan oleh Allah. 52. Surah As Saffat :- Insyallah akan memelihara daripada gangguan jin. 53. Surah Shad – Ayat 42 :- Nescaya mendapat kebahagiaan sejati. 54. Surah Al Furqan :- 55. Surah Asy Syura – Ayat 15 :- Memohon perlindungan dan untuk menegakkan keadilan. Baca 3 kali dalam air dan percikkan dalam rumah, nescaya selamat dari gangguan binatang liar dan ular 56. Surah Ad Dukhan :- Baca. 57. Surah Al Waqiah :- Baca setiap malam jauh dari papa. Baca 40 kali setiap hari akan dipermudahkan rezeki. 58. Surah Al Mulk :- Baca setiap hari solat Isyak akan mendapat keampunan. Terlepas dari siksa kubur dan terkeluar dari neraka masuk ke syurga.